Friday, October 8, 2010

Salam lamanya x post..

Kali ni nk share pasal hasil wang judi.artikel ni dipetik dari web ustaz zaharuddin

Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?


Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.



DARI SUDUT HUKUM



Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.



Fakta berikut perlu difahami:



1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.



Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.



2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.



Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.



3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.



Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )



Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia pada 25 Jun 2009. Buka sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain



PANDANGAN ULAMA MAZHAB



Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله



Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)



Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)



Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)



Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-



وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)



Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :



إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)



RINGKASAN DALIL



Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-



1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)



Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.



2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]



3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.



KESIMPULAN

* Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
* Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
* Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
* Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
* Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
* Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Friday, December 11, 2009

Tahniah Skuad B23


Syukur ke atas kemenenangan yang aku tak jangka.berbaloi gk tuggu kat ofis sampai pukul 6 petang.tahniah la ye walaupun gol last tu x sempat nak tengok.alih-alih dah menang hehe...semi final 14 hb nt buat yang terbaik.selamat maju jaya skuad bolasepak kebangsaan.



Thursday, December 10, 2009

I WANNA BE SOMEBODY


Ku bertanya pada diri

Apa nak jadi bila besar nanti

Oh jawabnya Iwanna be somebody


Bila ku sedar kemampuan

Tak sebijak persis insan lain

Membuat citaku tak kesampaian


Mujurlah sempat ku kikis sikap itu

Masa depanku aku yang menentukannya

Kejayaan bukan percuma

Malas usaha kelompang jiwa


Telah kubukti pada semua

Bersungguh pasti kan berjaya

Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu

Dengannya kita akan dimulia

Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita

Selagi tak usaha kepada yang lebih baik

Jika tak tahu bertanya orang bijaksana

Setelah berjaya janganlah alpa

Saat ini ku bertanya

Apakah kegagalan itu hina

Oh kerananya I gonna be somebody


Tuesday, December 8, 2009

Anda tidak matang lagi sekiranya

1.Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan 'kekasih' sedngkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.

4.Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun.

5. Asyik terkenang wajah kekasihnya yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pula wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak ditemui.

6. Susah hati jika tidak menerima surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahwa anda sendiri tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.

7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika menunaikan solat.

8. Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I Love You' berbanding kalimah zikir seperti: Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar!

Sunday, December 6, 2009

Harapan palsu





Tepat jam 4 petang tadi aku pulun on laptop on broadband cari dalam website ukt tgk game Malaysia VS Vietnam dengan harapan akan ada cerita baru yang lagi baik dari sebelum ni dalam bolasepak kita.Dengan sabar aku tunggu walaupun streaming website yang aku tgk sangkut-sangkut.Dengan kesabaran yang tinggi aku gagahi gak tengok tanpa sebarang maki hamun aku lemparkan walaupun internet memang macam hampeh...cukup 90 ++minit...memang x ada perubahan skuad kita.walaupun ada yang kata skuad terbaik.tapi kita kena ingat pasukan lain pun bukan sama je prestasi dengan sebelum ni.makin meningkat juga.kalau team malaysia naik anak tangga, team lain pun naik anak tangga juga.kita tetap kena tinggal.kita bangga sebab kalah sikit dengan Uzbekistan baru-baru ni.tapi jangan lupa tadi pun lawan Vietnam kalah dengan jaringan yang sama dengan Uzbekistan.Maknanya Vietnam sama kuat dengan Uzbekistan la....Malaysia sama kuat dengan sapa?????Hmm.....aku pun dah x faham dengan prestasi skuad Malaysia.Entah bila nak berubah.Tapi bab berfesyen rambut memang team Malaysia hebat....Adakah dengan mengubah terus parti pemerintah baru nak kuat atau kena rombak semua pimpinan FAM???Biar masa yang menentukan......Anyway Malaysia U23 ada lagi peluang ke separuh akhir.Gunakan peluang yang ada...Tahniah buat pemain badminton Malaysia.3 Kejuaraan tanpa kelibat pemain handalan China......

lawak pagi.

pagi minggu ni layan dulu video ni..lawak gak..hehe..


kecewa


kecewa.....perkataan yang sinonim dengan kehidupan manusia..manusia dan kecewa...umpama gula-gula bersama bungkusannya....gula-gula tanpa pembungkus pelik jadinya...tak ada manusia yang x pernah kecewa...baik dalam bercinta,persahabatan,keluarga,perkahwinan dan macam2 lagi...memang x boleh lari dari perkataan kecewa.....orang yang positif anggap kecewa satu tiket untuk masuk ke lebuhraya kejayaan....orang yang negatif akan menganggap kecewa sebagai titik permulaan kehancuran hidup...mana jalan yang nak dipilih???tepuk dada tanya selera..